MENARA ALOR SETAR INTERNATIONAL JUMP 2019 (MASIJ2019) dari 11 hingga 13 September 2019, adalah acara yang menyaksikan para penerjun profesional membuat aksi terjunan BASE dari Pelantar Terbuka, Menara Alor Setar berketinggian 105 meter dari aras laut. Acara berlangsung selama 3 hari tersebut menyaksikan hampir 200 terjunan dibuat oleh para penerjun profesional.

Bagi penonton, satu pakej khas iaitu 'Standing On The Edge' ditawarkan bagi membolehkan orang ramai menyaksikan dengan lebih dekat aksi-aksi penerjun profesional membuat terjunan dari aras 105 meter. Pakej yang ditawarkan merangkumi 30 minit 'Standing On The Edge', foto kenangan bersaiz 6R dan juga tiket percuma ke Pelantar Pemandangan Menara Alor Setar.

 

Foto-foto event juga boleh didapati di laman Facebook dan juga laman web Menara Alor Setar.

 

Acara: Menara Alor Setar International Jump 2019.

Tempat: Padang MBAS, Lebuhraya Darulaman / Menara Alor Setar

Tarikh: 11 hingga 13 September 2019

Masa: 8.00 pagi - 10.00 malam