Lawatan Board of Directors Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd. ke Menara Alor Setar sempena Mesyuarat BOD Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd. yang berlangsung pada 26 & 27 Jun 2019 yang lalu.

Ahli-ahli Board of Directors Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd. pada awalnya telah diraikan dengan jamuan makan malam di pelantar terbuka Menara Alor Setar. Setelah selesai bermesyuarat, ahli-ahli BOD Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd. telah diraikan dengan majlis sambutan Hari Raya Aidil Fitri di restoran berputar Starsky Restaurant & Lounge Menara Alor Setar, yang telah dirasmikan dengan sempurnanya oleh Pengurus Besar Menara Alor Setar, Puan Haslinda Abdul Rashid.

Majlis diserikan dengan kehadiran Pengurus Besar Negeri TM Kedah/Perlis, Encik Anis Ahmad Mohd Ibrahim, serta pegawai.

Foto-foto event juga boleh didapati di laman Facebook dan juga laman web Menara Alor Setar.

Acara: Welcome Board of Directors Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd. to Menara Alor Setar

Tempat: Megaview Banquet Hall / Starsky Restaurant & Lounge Menara Alor Setar

Tarikh: 26 & 27 Jun 2019

Masa: 8.00 am to 4.00 pm