Starsky Restaurant & Lounge Menara Alor Setar, kendalian Kumpulan Segi Seri Sdn. Bhd. telah melancarkan menu berbuka puasa untuk Ramadan 2019, dimana majlis telah bermula pada jam 4 petang dengan perasmian telah selamat disempurnakan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Segi Seri, Tn. Haji Azhar Baharin.

Majlis turut dihadiri oleh Pengurus Besar Kumpulan Segi Seri, En. Hazrul Anuar Abd. Hamid dan Pengurus Besar Menara Alor Setar, Pn. Haslinda Abd. Rashid.

Harga yang ditawarkan ialah untuk bufet Ramadan pada kali ini ialah RM70 untuk dewasa dan kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun pula RM35 setiap orang. Pada yang berminat boleh menghubungi talian 04-7202901 / 04-7363427 untuk tempahan dan mengetahui pakej-pakej ditawarkan.

Foto-foto program boleh didapati di laman Facebook dan juga laman web Menara Alor Setar.

Acara: Majlis Pelancaran Bufet Ramadan 2019

Tempat: Starsky Restaurant & Lounge Menara Alor Setar

Tarikh: 13 April 2019

Masa: 4.00 petang