Sekolah @ MMU adalah program amal yang telah dimulakan sejak tahun 2003, dengan matlamat utama untuk mendedahkan pelajar sekolah menengah dengan kepentingan pengetahuan Teknologi Maklumat & Multimedia. Ia juga menjadi platform sukarela digital yang memfokuskan kepada kemahiran yang diperlukan dalam Teknologi Digital, Keusahawanan dan Inovasi Digital kepada pelajar-pelajar sekolah yang mengambil bahagian.

Program penyampaian sijil-sijil dan hadiah bagi para pemenang telah dijalankan di dataran Menara Alor Setar dan dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan Strategik, Kementerian Pendidikan, YBhg. Dato' Kamel Bin Mohamad. 

Foto-foto program boleh didapati di laman Facebook dan juga laman web Menara Alor Setar.

 

Acara: Sekolah@MMU Jelajah Utara