Majlis Perasmian Star Sky Restaurant & Lounge @ Menara Alor Setar telah selamat disempurnakan oleh YB. En. Mohd Firdaus Ahmad; Pengerusi Jawatankuasa Tetap Penerangan, Komunikasi & Multimedia dan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Kedah, pada tanggal 2 Februari 2019, bertempat di Restoran Berputar Menara Alor Setar. 

Sesi dimulakan dengan bacaan doa bagi memberkati majlis, disusuli dengan ucapan aluan oleh CEO Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd., YBhg. Datuk Rozlan Mohamed dan diikuti ucapan dari Pengarah Urusan Kumpulan Segi Seri, Tuan Hj. Azhar Hj. Baharin.

Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Penerangan, Komunikasi & Multimedia dan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Kedah, YB. En. Mohd Firdaus Ahmad sekaligus merasmikan pembukaan rasmi Star Sky Restaurant & Lounge @ Menara Alor Setar.

Kumpulan segi Seri akan menguruskan serta menjadi penyedia keperluan makanan dan minuman untuk Star Sky Restaurant & Lounge @ Menara Alor Setar, setelah sekian lama restoran berputar milik Menara Alor Setar ini sunyi tanpa beroperasi. Penglibatan Kumpulan Segi Seri bagi menguruskan restoran berputar Menara Alor Setar juga dapat merancakkan kembali kedatangan pengunjung sekaligus meningkatkan jumlah pengunjung ke Menara Alor Setar. (foto link)

 

Acara: Majlis Perasmian Star Sky Restaurant & Lounge @ Menara Alor Setar