Sesi Kick Off Perjanjian Bersama Menara Kuala Lumpur - NUTE 2019-2021 julung kali diadakan di Menara Alor Setar yang dihadiri oleh CEO Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd., YBhg. Datuk Rozlan Mohamed bersama wakil perunding bagi pihak pengurusan dan HOD Team MKL, Presiden NUTE Kebangsaan; En. Mohd Jaafar Abdul Hamid, Presiden NUTE Kedah/Perlis; En. Mohammad Amin Awang, Pengerusi NUTE Menara Kuala Lumpur; Pn. Siti Ramlah Mohd Arshad, bersama wakil perunding bagi pihak pekerja dan juga turut serta ke majlis ialah HOD Team Menara Alor Setar. 

Sesi dimulakan dengan bacaan doa bagi memberkati majlis, disusuli dengan ucapan aluan oleh CEO Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd., YBhg. Datuk Rozlan Mohamed dan diikuti ucapan dari Presiden NUTE Kebangsaan; En. Mohd Jaafar Abdul Hamid.

Ketua Human Capital & Business Driver, Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd; Dato’ Ahmad Shamsuddin Hj Ramli meneruskan ucapan bagi menerangkan beberapa perkara berkaitan sesi perjanjian bersama ini kepada semua hadirin, sebelum bermulanya kemuncak majlis iaitu majlis menandatangani perjanjian bersama yang telah dipersetujui bersama antara pihak pengurusan, Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd dan juga NUTE Kebangsaan, bagi fasa pertama ini. Lain-lain foto majlis pada link ini.

 

Acara: Sesi Kick Off Perjanjian Bersama Menara Kuala Lumpur - NUTE 2019-2021