Larian Hari Malaysia Baru bersempena Hari Malaysia;16 September 2018 berlangsung dengan jayanya di dataran Menara Alor Setar tepat jam 7.00 pagi bermula dengan senamrobik disusuli dengan pelepasan larian oleh YB Ir. Zambri Bin Yusuf, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman, pada jam 7.15 pagi.

Penganjuran acara Larian Hari Malaysia Baru adalah bersempena sambutan Hari Malaysia 16 September, yang disambut pada setiap tahun bagi memperingati hari penubuhan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963, iaitu penggabungan Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak dan juga Singapura untuk pembentukan Malaysia.

Klik Pic untuk lain-lain gambar event.