Alor Setar Half Marathon 2018 telah berlangsung pada Sabtu, 21 Julai 2018 yang lepas. Pelepasan seawal jam 5.00 pagi bagi kumpulan pelari dari kelompok 21km dan seterusnya pada jam 7.00 pagi, dari kumpulan pelari 10km dan akhir sekali pelepasan bagi kumpulan pelari sejauh 5km, disempurnakan bermula dari Lebuhraya Darulaman, berhadapan Kompleks Aman Central dan Menara Alor Setar.

Alor Setar Half Marathon 2018, bagi tahun ke-2 ini telah menarik lebih 2000 peserta dari pelbagai peringkat umur dan warganegara. Upacara penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh YB Mohd. Asmirul Anuar Aris; Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, Pembangunan Usahawan serta Badan-Badan Bukan Kerajaan, Negeri Kedah Darul Aman.