Bermula sebagai acara simbolik di Sydney pada tahun 2007, Earth Hour kini merupakan penyatuan terbesar penduduk di dunia untuk menyelamatkan alam sekitar, memberi inspirasi kepada berjuta-juta orang untuk mengambil tindakan untuk planet dan alam semula jadi. Jesteru itu Menara Alor Setar seperti tahun-tahun sebelumnya telah mengambil inisiatif menyokong usaha murni untuk planet dan alam sekitar kita, seperti yang disyorkan oleh Kumpulan TM, dengan memadam lampu 'facade lighting' menara tepat jam 8.30 malam, 24 Mar. 2018 dan dinyalakan semula pada jam 9.30 malam.