Majlis rumah terbuka yang dianjurkan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan serta kerajaan negeri telah diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri dan isteri, serta beberapa menteri kerajaan persekutuan, di Dataran Amanjaya Mall, Sungai Petani, Kedah, pada 3 Mar. 2018.

Majlis rumah terbuka tersebut berlangsung selama 3 hari bermula 1 Mar. 2018 dan berakhir 3 Mar. 2018, menyaksikan pelbagai agensi serta syarikat-syarikat mengambil peluang untuk mengadakan promosi barangan serta produk masing-masing, dan juga tidak ketinggalan Menara Alor Setar yang mempromosikan produk-produk pelancongan bersama Torism Malaysia Negeri Kedah.