Lawatan CEO Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd.

 

DSC 1816

DSC 1906

DSC 2029

 

 

Menara Alor Setar buat julung kalinya menerima kunjungan rasmi dari Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd. yang baharu iaitu Yg. Bhg. Datuk Rozlan Mohamed, dan ketua-ketua jabatan dari Menara Kuala Lumpur pada 7 dan 8 Mar 2018 yang lepas. Ketibaan Yg. Bhg. Datuk Rozlan Mohamed dan ketua-ketua jabatan telah disambut mesra oleh pengurusan dan kakitangan Menara Alor Setar yang diketuai oleh Pengurus Besar, Puan Haslinda Abdul Rashid di dataran Menara Alor Setar, diiringi paluan kompang, mengalu-alukan kedatangan semua delegasi ke Menara Alor Setar.

Majlis bersama warga pengurusan dan kakitangan Menara Alor Setar telah diadakan pada 8 Mar 2018, di Megaview Banquet Hall, Menara Alor Setar tepat jam 8.30 pagi. Ucapan alu-aluan disempurnakan oleh Pengurus Besar Menara Alor Setar, Puan Haslinda Abdul Rashid, dan disusuli oleh taklimat ringkas dari Dato' Ahmad Samsuddin Hj. Ramli, Ketua Human Capital Business Driver, Menara Kuala Lumpur, berkaitan hal-hal berkenaan sumber manusia syarikat.

Yg. Bhg. Datuk Rozlan Mohamed kemudian meneruskan majlis dengan ucapan dan taklimat untuk semua warga pengurusan dan kakitangan Menara Alor Setar, dengan memberikan pandangan serta tunjuk ajar bagi memantapkan serta menaikkan nama Menara Alor Setar setanding dengan pusat-pusat pelancongan lain. Visi dan misi syarikat adalah panduan utama dalam memacu kecemerlangan Menara Alor Setar bersaing dalam industri pelancongan di negeri Kedah amnya dan di Malaysia khususnya. 

Seluruh warga pengurusan serta kakitangan Menara Alor Setar amat mengalu-alukan kehadiran Yg. Bhg. Datuk Rozlan Mohamed dan ketua-ketua jabatan dari Menara Kuala Lumpur ke Menara Alor Setar.

 

Event : Lawatan CEO Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd.

Tempat : Megaview Banquet Hall, Menara Alor Setar

Tarikh : 7 & 8 Mar 2018

Masa : 8.30 pm - 11.30 pm & 8.30 am - 5.30 pm