Ekspo Muafakat Kedah 2018

 

20180224 092421

IMG-20180223-WA0017

20180302 172347

 

 

Ekspo Muafakat Kedah 2018 yang julung kali diadakan di Stadium Darul Aman, telah menarik pengunjung seramai 500,000 orang, adalah antara yang terbesar pernah dijayakan oleh Kerajaan Negeri, yang telah berlangsung selama seminggu dari 24 Februari 2018 hingga 3 March 2018. Ekspo tersebut menampilkan 20 kluster merangkumi pelbagai sektor dengan penyertaan 199 jabatan dan agensi kerajaan membabitkan kerajaan Pusat dan negeri, serta sektor swasta.

Antara kluster yang akan ditampilkan sepanjang Ekspo Muafakat Kedah adalah Pameran DiRaja, Barakah Kedah, Suara Hati, Generasi Muda Pemimpin Negara, Kedah Harmoni, Eko Kedah, Kedah Islami, Bakat Kedah, Kedah Aman, Rangkaian Kedah, Kedah Berdaya Huni, Digital Kedah, Kedah Holistic, Kewangan, Agro Kedah, Kedah Bizz, Warisan dan Pelancongan, Pameran Perkhidmatan, Pameran Daerah dan 'Petting Zoo'.

Menara Alor Setar adalah salah satu agensi yang telah mengambil bahagian dalam mempromosikan produk pelancongan di negeri ini, melalui Kluster Warisan dan Pelancongan, bersama-sama dengan pemain-pemain utama pelancongan di negeri Kedah, sama ada dari sektor kerajaan mahupun swasta. Melalui ekspo ini, pengunjung mempunyai maklumat yang lengkap dan tepat mengenai produk-produk pelancongan di sekitar negeri Kedah Darul Aman ini.

Majlis perasmian Ekspo Muafakat Kedah 2018 telah disempurnakan oleh Yg. Bhg. Timbalan Perdana Menteri, manakala majlis penutup ekspo ini telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia.

 

Event : Ekspo Muafakat Kedah 2018

Tempat : Stadium Darul Aman, Alor Setar

Tarikh : 24 Feb 2018 - 3 Mar 2018

Masa : 9.00 am - 10.00 pm