Karnival Jelajah Malaysia 2017

Jelajah Malaysia 2017 adalah acara berbasikal tertua di Asia akan membuat penampilan ke-53 pada tahun ini yang bermula pada 3 Oktober 2017 dan akan berakhir pada 7 Oktober 2017. Seramai 108 peserta tempatan dan luar negara mengambil bahagian dalam perlumbaan Jelajah Malaysia 2017 (JM2017).

Pada edisi ke-53 ini juga, perlumbaan membabitkan 18 pasukan akan melalui lima peringkat bermula di Shah Alam, merentasi Perak dan akan berakhir di Kedah, dengan jarak sejauh 679.9 kilometer. Jelajah Malaysia 2017 akan melalui 5 peringkat laluan iaitu:

Peringkat 1; 3 Oktober 2017 – Shah Alam – Hutan Melintang 

Peringkat 2; 4 Oktober 2017 – Lumut – Kuala Kurau

Peringkat 3; 5 Oktober 2017 – Kuala Kangsar – Kulim

Peringkat 4; 6 Oktober 2017 – Kulim – Gunung Jerai

Peringkat 5; 7 Oktober 2017 – Alor Setar – Alor Setar

Seluruh warga Alor Setar bersama-sama memeriahkan Festival Jelajah Malaysia 2017 yang berlangsung di Perkarangan Menara Alor Setar / Aman Central pada Sabtu 6 dan 7 Oktober 2017 dengan pelbagai acara menarik seperti pertandingan karaoke, tarian dan senaman zumba serta pertandingan mewarna dan persembahan khas pancaragam sekolah dari SMK Sultanah Asma, SMJK Keat Hwa dan Kolej Sultan Abdul Hamid Alor Setar.

 Event     :  Karnival Jelajah Malaysia 2017

Anjuran  :  Kementerian Belia dan Sukan & Majlis Sukan Negara

Tarikh    :  6 & 7 Oktober 2017

Tempat  :  Lebuhraya Darul Aman ( Menara Alor Setar / Aman Central)