Karnival Pesta Tanglung 2017

Karnival Pesta Tanglung 2017 anjuran Dewan Perhimpunan Cina Kedah dan Kerajaan Negeri Kedah telah diadakan di Dataran Menara Alor Setar, Jalan Istana Kuning dan Padang MBAS, berlangsung pada 22 - 23 September 2017 telah dirasmikan oleh Y.A.B. Dato' Seri DiRaja Ahmad Md Bashah Hanipah, Menteri Besar Kedah Darul Aman.

Turut dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat Cina India dan Siam Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan, Y.B Dato' Dr. Leong Yong Kong; Pengerusi Dewan Perhimpunan Cina Kedah, Datuk Cheng Lai Hock dan Pengurus Besar TM Kedah/Perlis, En Azhar Bin Mustapha.

 

Event     :  Karnival Pesta Tanglung 2017

Anjuran  :  Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman & Dewan Perhimpunan Cina Kedah

Tarikh    :  22 & 23 September 2017

Tempat  :  Dataran Menara Alor Setar, Jalan Istana Kuning & Padang MBAS