Gen Y Bersama PM

Program GenY bersama Perdana Menteri telah berlangsung pada 12.2.2017 bertempat diperkarangan dataran Menara Alor Setar, dianjurkan oeh BAKTI dan Kerajaan Negeri Kedah yang dihadiri oleh segenap penduduk dan rakyat negeri Kedah, penuntut-penuntut universiti, para-para pelajar dan kakitangan awam bagi memeriahkan acara tersebut.

Program yang juga turut dihadiri oleh isteri-isteri menteri sempena program anjuran BAKTI yang memilih Bandaraya Alor Setar sebagai tuan rumah bagi acara yang berlangsung.

Pengurusan Menara Alor Setar berbesar hati menerima kunjungan YAB Perdana Menteri dan juga seluruh hadirin ke program 'GenY bersama Perdana Menteri' tersebut.