Kuala Lumpur 2017 Torch Run

ALOR SETAR -  Kuala Lumpur 2017 Torch Run bagi zon Utara, daerah Kota Setar telah diadakan pada 19.6.2017 (Isnin) yang lepas, telah selamat dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Kedah pada jam 10.00 malam hari tersebut.

Telekom Malaysia (TM) adalah sebagai Platinum Sponsor, manakala Menara Alor Setar telah dipilih sebagai penamat Larian Obor KL2017 bagi daerah Kota Setar tersebut.

Pengurus TM Kedah/Perlis; Puan Noor Lela Baba, bersama pasukan sorak TM dan kakitangan turut menjayakan acara larian obor berkenaan, disertai pasukan pembawa obor dari kakitangan kerajaan negeri dan Majlis Sukan Negeri Kedah.

Acara gilang gemilang Larian Obor KL2017 daerah Kota Setar pada malam tersebut, turut disiarkan secara langsung melalui portal Facebook rasmi Menara Alor Setar untuk tontonan umum bagi mereka yang tidak berkesempatan bersama-sama pada malam tersebut.

Pihak pengurusan Menara Alor Setar, melalui Pengurus Besar, Puan Haslinda Abdul Rashid mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung, bagi menjayakan acara gilang gemilang pada malam tersebut.

Bersama-sama kita menyokong pasukan negara di kejohanan Sukan Sea ke-29 dan Sukan Para Asean ke-9 yang akan datang! MALAYSIA BOLEH!

 

Event     :  Kuala Lumpur 2017 Torch Run

Anjuran  :  Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah

Tarikh    :  19 Jun 2017 ( 10.00pm )

Tempat  :  Dataran Menara Alor Setar