Kunjungan Hormat VP TM Support Business

Lawatan Vice President Support Business TM, Tn. Hj. Badrul Hisham Ahmad ke Menara Alor Setar

pada 17 April 2017.

Beliau membuat lawatan buat julung kali sebagai Vice President Support Business TM bermula 1 Mac 2017 yang lalu, ke Menara Alor Setar sambil beramah mesra dengan semua pegawai serta staf-staf unit dibawah pengurusan Support Business. Semua warga Support Business berazam akan memberikan sepenuhnya komitmen serta berganding bahu bagi merealisasikan Visi dan Misi Support Business di bawah kepimpinan Tn. Hj. Badrul Hisham Ahmad.

SELAMAT DATANG TN. HJ. BADRUL HISHAM AHMAD!